Rahsia NYA

osemm

Tips & Info membeli kereta…Brand apa??? 21 July 2012

Filed under: Pelbagai — khairy318 @ 1814

Kepada pengguna yang ingin membeli kereta, di sini saya ingin share sedikit tips untuk membuat pilihan kereta yang terbaik yang mesti dibeli.

Perkara utama yang perlu di ketahui ialah kemampuan iaitu berapa bayaran muka, komitmen bayaran bulanan & maintenances yang perlu ditanggung…bagi golongan orang berada mereka tiada masalah, nak beli kereta apa pun boleh ajerr…

 

1)Belian terbaik ialah membeli kereta baru daripada membeli kereta second hand kerana lebih secure dengan adanya warranty tidak kurang dari 3 tahun dengan condition kereta yang tiptop, interest% pun rendah & loan boleh maksimum boleh 9 tahun…berbanding membeli kereta second hand yang berisiko kerana tiada warranty dengan condition kereta yang belum comfirm tiptop, interest lebih tinggi mengikut tahun kereta itu, loan tidak boleh tinggi menyebabkan pembeli perlu membayar downpayment lebih & bulanan akan tinggi disebabkan loan tidak boleh buat sehingga 9 tahun kerana usia kereta second hand itu (mungkin boleh sehingga 7,6,5 tahun sahaja).

 

2)Perkara paling penting ialah susut nilai kereta yang nak dibeli itu…di Malaysia terdapat macam macam jenama kereta seperti Hyundai, Kia, Toyota, Chevrolet, Chery, Honda, Proton, Perodua dan banyak lagi,pening nak ingat…kerana ada jenama yang susut nilai begitu cepat walaupon baru menggunakan 2 tahun…kereta yang lambat susut nilai biasanya mempunyai second value yang tinggi, mempunyai banyak permintaan dari pembeli kereta second hand ; contoh belian terbaik seperti Honda, Toyota & Perodua…

 

3)Perkara lain yang perlu tahu ialah kos penyelenggaraan/maintenances kereta yang nak dibeli itu…belilah kereta yang kita boleh nampak banyak di atas jalan kerana kereta itu terbukti maintenances rendah sebab ramai yang membeli & mempunyai alat ganti yang senang sebab alat ganti dibuat seiring dengan jumlah pengeluaran kereta tersebut, semakin banyak production kereta makin banyak la alat gantinya…elakkan membeli kereta yang maintenances tinggi & susah untuk mendapat alat ganti (kadang kadang terpaksa menunggu sehingga berbulan bulan untuk alat ganti).

 

Rasanya selepas membaca tips ini, pengguna pasti boleh agak kereta yang mana patut dibeli yang mana kalo boleh jangan beli…terutama untuk pembeli yang suka bertukar tukar kereta dalam jangka waktu 3-5 tahun selepas menggunakannya…nasihat saya jangan tersalah beli kereta, belilah yang terbaikk…

 

 

 

 

Info Kenapa Perlu Tinted??…Tips Memilih Jenis Tinted Kenderaan… 16 July 2012

Filed under: Pelbagai — khairy318 @ 1814

Tinted/Filem penapis haba adalah lapisan plastik yang berfungsi untuk menapis suhu panas, sinaran UV(ultravioleta) & IR(infrared) dari panahan matahari…Tinted ini kebanyakkannya digunakan pada cermin kenderaan, rumah & office.

Tinted terbahagi kepada 2 jenis :

1) Heat tint – untuk tapis panas matahari — nipis

2) Security/Safety tint – untuk keselamatan & tapis panas matahari — lebih tebal

Banyak kelebihan diperolehi jika memasang tinted seperti lebih selesa kerana suhu di dalam kenderaan lebih sejuk, seterusnya dapat menjimatkan petrol, menjaga kulit dari sinaran yang tidak sepatutnya, dapat menjaga dalaman/interior lebih tahan lama (contoh – warna kusyen & dashboard tidak cepat pudar & barang berasaskan platik tidak cepat lari shape/bengkok)…& bagus untuk keselamatan dari pencuri serta peragut jika memasang safety tinted yang mempunyai lebih ketebalan plastiknya.

Di Malaysia terdapat banyak nama nama besar yang memonopoli perniagaan tinted ini contohnya seperti Coolworld, 3M, Vkool, Tintmaster & macam macam nama…pening nak ingat!!…Untuk membuat pilihan yang tepat, tinted apa? yang macam mana? yang perlu dipasang sebenarnya bergantung pada berapa budget kita ;RM????

Perkara pertama yang perlu kita tahu sebelum membuat keputusan membeli ialah ketebalan tinted itu sendiri kerana yang tebal lebih secure dari yang nipis kerana cermin akan susah pecah tetapi mesti mengikut ketebalan yang sesuai dengan kenderaan itu (terlalu tebal akan mengakibatkan tinted itu bercalar ketika cermin tingkap diturunkan).

Ke2, peratusan keupayaan tinted itu menapis (% heat rejection) kerana heat rejection yang tinggi adalah yang terbaik yang memainkan peranan berapa sejuk suhu di dalam kenderaan.

Ke3, % peratusan cahaya yang masuk mestilah mengikut standard JPJ iaitu cermin depan minimum 70%, sisi & belakang 50% supaya tidak disaman.

Ke4, adakah tingkap/window diinsurankan jika memasang security tinted kerana ada syarikat tinted yang menawarkan pakej ini..

Ciri ciri tinted yang tebal + mempunyai heat rejection tinggi(%) + tingkap/window diinsurankan memang harganya agak mahal, & boleh dikatakan yang mahal itu yang terbaik cuma kadang kadang brand yang terkenal harganya akan sedikit lebih mahal kerana brandnya yang popular…dengan makna yang lain ‘lebih rendah/murah tinted itu, lebih rendah laa kualiti yang kita dapat” atau dalam bahasa senang faham dipanggil CAP AYAM…hehehe

Untuk membuat tinted apa salahnya jika kita buat yang terbaik kerana tinted yang baik akan lebih tahan lama hayatnya (warranty 7-15yrs) & ada yang sampai kereta nak di trade in tintednya masih tiptop masih bagus.

Mungkin selepas ini ada sedikit klu untuk membuat pilihan tinted yang macamane yang sesuai untuk kenderaan anda…

 

Bodykit info 9 July 2012

Filed under: Pelbagai — khairy318 @ 1814

Cerita pasal bodykit ni mesti ramai yang pening tak tahu yang mana terbaik sebab harga, design dan material yang berbeza beza…ramai di luar sana mempunyai pendapat masing masing mengenai material bodykit yang mana terbaik…

1)Carbon fibre (CF)

2)Polypropylene (PP)

3)Acrylonitrile Butadiene Styrene (ABS)

4)PolyUrethane (PU)

5)Fiberglass

Nak bezakan ABS,PP, PU dan Fiber ??
-Material color ABS ialah warna putih.
-Material color PP & PU ialah hitam.
-Material color FRP ialah hitam berdebu putih.

So yang terbaik semestinya CF cuma harganya agak mahal…

Ke-2 PP sebab kebanyakkan bumper kereta dibuat dari material ini, ketahanan semua orang dah sedia maklum…

Yang ke-3 ni ada berpendapat ABS ada yg kata PU…

-PU agak tahan lasak sikit sebab lebih flexible, mudah dibentuk semula & tahan lama berbanding ABS yang keras

– ABS agak rare dari PU,  kebiasaannya penjual akan promote PU dengan alasan ABS sikit mahal PU lebih murah

-ABS lebih ringan, kalo PU lebih berat & sesetengah kes kena pasang extra bracket/skru/double tape

-ABS mempunyai heat resistance yang tinggi, tidak akan kembang, bengkak, renggang atau lari shape (PU biasanya bahagian yang dekat dengan ekzos akan lari shape)

-ABS lebih kemas lebih mudah untuk dicat disebabkan material ABS yang berwarna putih & menyebabkan warna body n bodykit sama, permukaan rata & tidak beralun (biasanya cat bumper akan sedikit lain, ini disebabkan kebiasaanya bumper dibuat dari PP-material warna hitam)

* pernah ada kedai aksesori yang menyalahkan warna kereta yang baru dibeli kononnya warna kereta  turun/pudar & bukan disebabkan bodykit PU mereka yang tak sama —— memang kelakar, ni tak mahu rugi punya pasal la ni…hehehe

 

Yang ke-5 fiberglass sebab penjagaan kena extra manja, senang pecah & tidak tahan lama walaupun harganya yang murah & senang dibentuk…

 

Kepada yang setuju next time beli laa yang terbaik mengikut budget…hehehe

 

 

 

Perodua & Proton vs Bank & loan 8 July 2012

Filed under: Pelbagai — khairy318 @ 1814

2012 tahun yang mencabar bagi industri automotif dan perbankan… tahun ini susah untuk pembeli membeli kereta walaupun kereta nasional walaupun kereta terpakai walaupun pinjaman rendah…dengan peraturan baru dari bank negara, kelayakkan pemohon pinjaman kereta diketatkan…kalau dulu pinjaman boleh lulus tanpa penjamin, tapi sekarang kebanyakkan pemohon perlu sertakan seorang penjamin untuk diluluskan permohonan…tapi dalam susah susah nak membuat pinjaman bank, faedah (%) yang ditawarkan bank sangat menarik…info terbaru pinjaman sebanyak 55k selama 7 tahun faedah(%) hanya 2.78% untuk kereta nasional…memang sangat menarik walaupun ada juga khabar angin boleh dapat faedah serendah 2.6%… sebenarnya kepada pembeli kereta nasional jika ditawarkan faedah(%) rendah dari 3%, anda patut bersyukur kerana sangat jarang sekali beli proton atau perodua boleh dapat faedah(%) serendah itu…

Image

 

Helo dunia!

Filed under: Pelbagai — khairy318 @ 1814

Welcome to WordPress.com! This is your very first post. Click the Edit link to modify or delete it, or start a new post. If you like, use this post to tell readers why you started this blog and what you plan to do with it.

Happy blogging!