Rahsia NYA

osemm

Info Kenapa Perlu Tinted??…Tips Memilih Jenis Tinted Kenderaan… 16 July 2012

Filed under: Pelbagai — khairy318 @ 1814

Tinted/Filem penapis haba adalah lapisan plastik yang berfungsi untuk menapis suhu panas, sinaran UV(ultravioleta) & IR(infrared) dari panahan matahari…Tinted ini kebanyakkannya digunakan pada cermin kenderaan, rumah & office.

Tinted terbahagi kepada 2 jenis :

1) Heat tint – untuk tapis panas matahari — nipis

2) Security/Safety tint – untuk keselamatan & tapis panas matahari — lebih tebal

Banyak kelebihan diperolehi jika memasang tinted seperti lebih selesa kerana suhu di dalam kenderaan lebih sejuk, seterusnya dapat menjimatkan petrol, menjaga kulit dari sinaran yang tidak sepatutnya, dapat menjaga dalaman/interior lebih tahan lama (contoh – warna kusyen & dashboard tidak cepat pudar & barang berasaskan platik tidak cepat lari shape/bengkok)…& bagus untuk keselamatan dari pencuri serta peragut jika memasang safety tinted yang mempunyai lebih ketebalan plastiknya.

Di Malaysia terdapat banyak nama nama besar yang memonopoli perniagaan tinted ini contohnya seperti Coolworld, 3M, Vkool, Tintmaster & macam macam nama…pening nak ingat!!…Untuk membuat pilihan yang tepat, tinted apa? yang macam mana? yang perlu dipasang sebenarnya bergantung pada berapa budget kita ;RM????

Perkara pertama yang perlu kita tahu sebelum membuat keputusan membeli ialah ketebalan tinted itu sendiri kerana yang tebal lebih secure dari yang nipis kerana cermin akan susah pecah tetapi mesti mengikut ketebalan yang sesuai dengan kenderaan itu (terlalu tebal akan mengakibatkan tinted itu bercalar ketika cermin tingkap diturunkan).

Ke2, peratusan keupayaan tinted itu menapis (% heat rejection) kerana heat rejection yang tinggi adalah yang terbaik yang memainkan peranan berapa sejuk suhu di dalam kenderaan.

Ke3, % peratusan cahaya yang masuk mestilah mengikut standard JPJ iaitu cermin depan minimum 70%, sisi & belakang 50% supaya tidak disaman.

Ke4, adakah tingkap/window diinsurankan jika memasang security tinted kerana ada syarikat tinted yang menawarkan pakej ini..

Ciri ciri tinted yang tebal + mempunyai heat rejection tinggi(%) + tingkap/window diinsurankan memang harganya agak mahal, & boleh dikatakan yang mahal itu yang terbaik cuma kadang kadang brand yang terkenal harganya akan sedikit lebih mahal kerana brandnya yang popular…dengan makna yang lain ‘lebih rendah/murah tinted itu, lebih rendah laa kualiti yang kita dapat” atau dalam bahasa senang faham dipanggil CAP AYAM…hehehe

Untuk membuat tinted apa salahnya jika kita buat yang terbaik kerana tinted yang baik akan lebih tahan lama hayatnya (warranty 7-15yrs) & ada yang sampai kereta nak di trade in tintednya masih tiptop masih bagus.

Mungkin selepas ini ada sedikit klu untuk membuat pilihan tinted yang macamane yang sesuai untuk kenderaan anda…

Advertisements
 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s